Sejarah Mekah : Sebelum zaman Nabi Adam AS

  • Sejarah Mekah telah bermula sebelum zaman Nabi Adam AS.
  • Menurut riwayat Ibnu Abbas (salah seorang sahabat Nabi S.A.W.), Mekah terletak selaras dengan kedudukan Baitul Ma’mur di alam Malaikat.
  • Ketika Allah swt hendak menjadikan Adam sebagai Khalifah di bumi, Allah berfirman dalam Surah Al Baqarah, ayat 30 yang bermaksud;  ”Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.”  dan Malaikat pun bertanya: “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?” Allah swt berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”
  • Malaikat melihat ketegasan Allah swt, lalu mereka bertaubat dan tidak menyangkal lagi apa yang Allah swt hendak lakukan. Untuk membuktikan pengabdian kepada Allah swt, Malaikat bertawaf di sekitar Arasy Allah sambil bertaubat, bertasbih dan membesarkan Allah.
  • Allah swt adalah Maha Pengampun  dan Maha Penyayang.

    Act of Worship

  • Oleh kerana Arasy Allah swt itu terlalu luas, Allah telah mencipta satu binaan lain yang lebih kecil ukurannya iaitu ‘Baitul Ma’mur’.
  • Baitul Ma’mur berada tepat di bawh Arasy Allah swt dan semenjak itu, Malaikat bertawaf mengelilingi Baitul Ma’mur.
  • Menurut riwayat semasa Nabi Adam AS diperintahkan ke bumi, Allah memerintahkan Nabi Adam AS supaya mendirikan sebuah binaan seakan-akan Baitul Ma’mur.
  • Malaikat Jibril telah ditugaskan untuk memberi tunjuk ajar kerja-kerja pembinaan itu.
  • Setelah siap, Nabi Adam AS dan keluarganya telah diperintahkan untuk bertawaf di binaan itu dengan tujuan untuk membesarkan Allah swt.
  • Binaan itu adalah Kaabah dan ianya selaras dengan kedudukan Baitul Ma’mur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.